SPM BAB 9 UNIT 1

BAB 9 BIDANG AKIDAH

TAJUK: ALLAH MAHA MENGUASAI DAN MENYAKSIKAN

UNIT 1.

1. Al-raqib= nama Allah yg bermaskud maha menguasai perbuatan manusia dan makhluknya

2. Dalil

Surah Al-Maeda, Verse 117:

مَا قُلْتُ لَهُمْ إِلَّا مَا أَمَرْتَنِي بِهِ أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ وَكُنتُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا مَّا دُمْتُ فِيهِمْ فَلَمَّا تَوَفَّيْتَنِي كُنتَ أَنتَ الرَّقِيبَ عَلَيْهِمْ وَأَنتَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ


"Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.

(Melayu)


3. Bukti Allah bersifat raqib

a) Allah mengetahui kepatuhan hambanya

Surah Al-Ahzab, Verse 52:

لَّا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِن بَعْدُ وَلَا أَن تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ إِلَّا مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ رَّقِيبًا


Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baharu sekalipun engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu.


b) Allah mengetahui aspek hubungan sesama manusia

Surah An-Nisa, Verse 1:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.


Latihan ringkas

1. Bagaimana anda yakin akan penguasaan Allah terhadap manusia

2. Apakah maksud raqib? 

3. Jelaskan perhubungan manusia sesama manusia dlm aspek ibadah.


Nota tambahan

* beriman dgn nama Allah iaitu *al-raqib* Menjadikan muslim sentiasa menjaga perbuatan dan tingkahlaku kerana yakin bahawa perkara zahir atau batin akan diketahui oleh Allah SWT. keyakinan itu menyebabkan kita sebagai hamba akan menjahui dosa dan akan lebih bermotivasi dlm mengerjakan ibadah. *ihsan* dlm diri akan semakin di tingkatkan iaitu beribadah kepada Allah seperti kita melihat Allah atau Allah melihat kita.

Comments

Popular posts from this blog

KEHAKIMAN ISLAM

JADUAL UTQH 2021