KEHAKIMAN ISLAM
Jenis
Kesalahan Jenayah dan Hukumannya
Klasifikasi Hukuman Jenayah dalam Islam
1. Hudud
·
Kesalahan
dan hukuman mengikut ketetapan syarak yang wajib dilaksanakan sebagai
menunaikan hak Allah SWT. Kesalahan ini adalah kesalahan berat.
·
Manusia
tidak mempunyai hak untuk menambah atau mengurangkan hukuman tersebut setelah
disabitkan.
Kesalahan |
Hukuman |
Zina |
·
Belum
kahwin: Disebat 100 kali. ·
Telah
kahwin: Direjam sampai mati. |
Qazaf |
·
Disebat
80 kali. |
Minum arak |
·
Disebat
40 kali. |
Mencuri |
·
Dipotong
pergelangan tangan. ·
Nisab
jenayah mencuri ialah ¼ dinar bersamaan 1.06 gram emas. |
Merompak |
·
Mengganggu
ketenteraman awam: Dipenjara atau dibuang daerah. ·
Merampas
harta tanpa membunuh: Tangan dan kaki dipotong secara bersilang. ·
Merampas
harta dan membunuh: Dibunuh dan dipalang. |
Murtad |
·
Dibunuh.
Hukuman bunuh hanya diputuskan oleh pemerintah Muslim setelah pelaku enggan
bertaubat apabila diminta. |
2. Qisas
·
Kesalahan
dan hukuman mengikut ketetapan syarak yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan
hak manusia yang dizalimi secara fizikal.
·
Hukuman
tidak boleh diubah atau dibatalkan setelah sabit kecuali pihak yang menuntut
bela memaafkannya dan diganti dengan bayaran diat.
Kesalahan |
Hukuman |
Membunuh dengan sengaja |
·
Dibalas
bunuh |
Mencederakan anggota badan |
·
Dibalas
cedera sebagaimana kecederaan mangsa |
3. Takzir
·
Kesalahan
dan hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak dan diserahkan kepada budi bicara
hakim untuk memutuskannya.
Kesalahan |
Hukuman |
·
Kesalahan
hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman. ·
Kesalahan
khalwat dan mencuri yang tidak cukup nisab. ·
Perbuatan
mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, rasuah, berjudi, kesalahan jalan
raya, dadah dan sebagainya. |
·
Nasihat/teguran ·
Ancaman/ Pemulauan
·
Pengisytiharan
umum ·
Denda/
Merampas harta (sita) ·
Sebat
·
Buang
daerah ·
Penjara
|
4. Diat
·
Harta
yang wajib diberikan kepada waris orang yang dibunuh sebagai ganti hukuman
qisas yang tidak dapat dilaksanakan.
Jenis diat
1. Diat berat
Keterangan |
Kadar diat |
Membunuh dengan sengaja
yang ada niat membunuh. Waris mangsa tidak mahu qisas dijalankan dan menukar
dengan diat. |
100 ekor unta ditanggung
oleh pembunuh sepenuhnya dan mesti dibayar segera. |
Membunuh dengan tidak
sengaja tetapi seolah-olah sengaja. Contoh, seseorang memukul orang lain
dengan rotan lalu mati. |
100 ekor unta ditanggung
oleh waris pembunuh dan boleh dibayar secara beransur-ansur selama tiga
tahun. |
1. Diat ringan
Keterangan |
Kadar diat |
Membunuh dengan tidak
sengaja. Sebagai contoh seorang pemburu tertembak orang lain yang disangka
seekor rusa. |
100 ekor unta yang
ditanggung oleh waris pembunuh dan boleh dibayar beransur-ansur selama tiga
tahun. Dibahagikan kepada lima
jenis unta. ·
20
ekor unta betina berumur setahun ke atas. ·
20
ekor unta jantan berumur dua tahun ke atas ·
20
ekor unta betina berumur dua tahun ke atas ·
20
ekor unta betina berumur tiga tahun ke atas ·
20
ekor unta betina berumur empat tahun ke atas. |
* Pada zaman Sayidina Umar
bin al-Khattab r.a pernah ditetapkan bayaran diat bagi yang tidak mempunyai
unta boleh dibayar dengan emas, perak, lembu, kambing dan pakaian. Pada masa
kini kadar diat ditentukan mengikut harga semasa seratus ekor unta.
Comments
Post a Comment